BAHAN-BAHAN: (dapat 1.458 kg kueyteow)

  •  2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji putih telur + 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
  • Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow

 

CARA MEMBUAT:

 1. Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.

(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)

 

2. Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).

 

3. Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.

 

4. Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.

 

5.Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja).

 

6.Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.

 

7.Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.

 

 

Kredit resipi & gambar: http://dapur-mamasya.blogspot.my/2013/10/homemade-kuey-teowpuas-hati-hasilnya.html