Meja Makan Sekolah Pertama  Anak-Anak?

Percaya atau tidak, meja makan antara  tempat sesuai untuk anda  dan pasangan membantu anak-anak  belajar banyak perkara berkaitan kehidupan. Bermula dengan si kecil mengasah skil motorik, meningkatkan perkembangan kognitif, meneroka persekitaran dan cara bersosial. Semuanya bermula dari dalam keluarga.

Sebab itulah ibu bapa dikatakan guru pertama dan rumah adalah sekolah pertama anak-anak.Terpulang kepada ibu bapa bagaimana mahu memposisikan diri mereka sebagai model dan rumah sebagai persekitaran yang menyeronokan bagi anak-anak menjalani proses tumbesaran.

Apa kata, anda mulakan pembelajaran di meja makan. Bermula dengan ucapan ‘Bismillah’ dan doa makan yang anda bacakan sambil menyuap makanan ke mulut si kecil, ia adalah satu proses pembelajaran. Melalui aktiviti ini menjadikan anak faham bahawa sebelum makan mesti mengucapkan Bismillah. Walaupun pada usia awal kanak-kanak, si manja tidak tahu apa itu adab tetapi apa yang diperhati dan dilakukan oleh ibu atau bapa itu akan ditiru dan menjadi amalannya secara  rutin.  

Apabila anak semakin membesar, dia sudah boleh mengambil dan makan menggunakan tangan atau sudu,namun mungkin kerap menumpahkan makanan, makan tidak habis, tidak mahu makan itu dan ini. Semua ini adalah sebahagian dari proses pembelajaran. Sebagai ibu bapa beritahu mereka kenapa tidak boleh melakukan perlakuan tersebut dan jelaskan juga sebab mereka perlu makan dan habiskan makanan dengan bahasa yang mudah difahami sambil sekali sekala selitkan nasihat dengan cara bercerita kerana anak kecil seronok bila mendengar bila ibu atau bapa bercerita.

Menyediakan kerusi khusus (high chair) untuk si manja anda agar posisinya sama tinggi dan boleh menikmati makanan bersama ahli keluarga yang lain, secara tidak langsung mendedahkan anak belajar cara bersosial dan memberikan pengalaman seronok menjadi sebahagian dari ahli keluarganya.

Apabila si manja mula pandai makan sendiri dan faham kenapa mesti habiskan makanan dan tidak menumpahkannya, secara tidak langsung ia menanam  sifat berdikari dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan makan menggunakan tangan kanan juga mengajar si kecil faham kenapa dia perlu sentiasa bersih. Dan doa yang dibaca mengajarnya untuk selalu bersyukur atas nikmat makanan yang dimakan.

Oleh itu, dalam kesibukan harian,anda atau pasangan, ambillah  20-30 minit  waktu makan sebagai waktu berharga bersama anak-anak dan sentiasa menjadi rakan mereka. Sebagai rakan anda lebih mudah mengasuh, mengajar, membimbing dan menjadi rakan kepada si kecil.  Wajarlah kalau orang berkata, tingkah laku anak cermin perlakukan ibu bapa di rumah kerana meniru apa yang ibu bapa lakukan itu lebih mudah diamalkan.

Little Adib, Ensklopedia Lengkap Kanak-Kanak

Kepada ibu bapa yang  super sibuk,  mungkin anda boleh jadikan Little Adib, Buku Ensiklopedia Kanak-Kanak sebagai bantuan dengan cara lebih mudah dan berkesan mengasuh, membimbing dan mendidik si kecil sesuai dengan keperluan semasa.

Adib, watak  utama dalam Little Adib yang digambarkan sebagaia seorang  kanak-kanak lelaki  yang comel, riang dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi ini sangat sinonim dengan anak-anak sekarang.

Adib bersama  bersama abangnya Hakim  bertuah tinggal dan mempunyai ibu bapa perihatin akan perkebangan tumbesaran anak-anak dengan senitasa menjawab  segala pertanyaan  anak-anak dari pelbagai aspek kehidupan.

Set Little Adib menggunakan gaya penulisan yang ringan, imagintif, menyeronokan dan penuh dengan nilai-nilai moral. Mengandungi  lapan buku berbahasa Inggeris dan 19 buku berbahasa Melayu. Istimewanya setiap buku disertakan dengan nota kepada ibu bapa sebagai panduan semasa membacakan buku kepada anak-anak.Turut disediakan item bonus,iaitu buku catatan untuk ibu bapa, set ‘puzzle’ sistem badan, pengukur ketinggian dan kota penyimpan buku berbentuk ‘push car’ yang sangat menarik.

Little Adib Ensklopedia ini sesuai untuk kanak-kanak seawal usia hingga tujuh tahun. Mengandungi 27 buah Board Book yang sesuai digunakan oleh si kecil dan boleh merangsang motorskill meraka. Mempunyai ilustrasi yang sangat menarik dan berwarna warni.  Ia meliputi empat topil penting  yang menjadi asas kehidupan kanak-kanak iaitu, Basic Knowedge, Life Skills, General Values dan Spritual Values.

Untuk anda yang ingin menjadi agen dan menjana pendapatan lumayan, Sesi Training  yang pertama di Malaysia akan diadakan pada 23 dan 24 Ogos ini di Auditorium Sultan Mohamad, Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Program bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang.

Sepanjang dua hari ini  Ibu Ary, penulis buku Little Adib hadir memberikan  Parenting Talk dan Sales Traning. Tempat adalah terhad.