Kepentingan makanan dan minum yang sihat memang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang baik untuk manusia. Bagi seorang atlet pula memerlukan lebih pemakanan sihat dari manusia biasa untuk dapat meningkat keperluan tenaga, status hidrasi dan makanan tambahan bagi memaksimumkan diri. Atlet memerlukan makanan untuk penggunaan tenaga yang maksimum semasa latihan atau pertandingan.



Mengikut kata Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong dari petikan Bernama.


"Kita memang tidak benarkan kontinjen membawa tukang masak sendiri. Makanan yang menempatkan atlet adalah standard kerana semua 10 hotel menggunakan menu sama disediakan Institut Sukan Negara (ISN) sepanjang dua minggu.
"Kita mengamalkan kawalan yang amat ketat terhadap persediaan makanan kerana kita tidak mahu dituduh menyediakan makanan yang tidak sesuai jika berlaku keracunan makanan dan sebagainya," katanya kepada Bernama.


Sumber berita: BERNAMA

 

PEMAKANAN SIHAT DAN BERKUALITI MAMPU MEMBANTU ATLET MENINGKATKAN PRESTASI DIRI


Pemakanan yang sihat dan berkualiti memang membantu atlet meningkatkan prestasi diri. Perancangan yang betul dalam plan pemakanan atlit perlulah seimbang dan memenuhi keperluan nutrien yang sepatutnya. Ia juga perlu dipantau untuk mengelak dari atlet terkena keracuan makanan dan akan mengganggu prestasi mereka. Berikut adalah contoh-contoh plan makanan yang diamalkan oleh atlet secara am.

Contoh plan keperluan makanan atlet remaja yang memerlukan 2500 kcal sehari:

Atlet remaja lebih memerlukan tenaga yang mencukupi bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan yang normal dalam aktiviti fizikal. Nutrisi lengkap seperti karbohidrat, protien, air, lemak yang tidak berlebihan, buah-buahan dan sayuran




Plan pemakanan yang sesuai sebelum sesuatu acara sukan.

Amat penting untuk mengambil makanan sebelum sesuatu acara sukan untuk mengelakkan atlet berasa lapar sebelum atau semasa latihan atau pertandingan sukan. Ia bagi mengekalkan paras optimum glukosa dalam darah.




Diet Yang Perlu Diambil Selepas sesuatu acara

Atlet perlu mengambil makanan atau meminum sumber yang tinggi karbohidrat selepas sesi latihan atau acara dan sekali lagi selepas 2 jam kemudiannya.



Jumlah air yang perlu di ambil mengelakkan dihidrasi.



http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.723064.1503400635!/image/image.png

Kepentingan air adalah mengelak atlet dari mengalami dihidrasi sebelum, sedang atau selepas latihan.

Jumlah pengambilan makanan dan minuman berbeza mengikut pada suhu persekitaran, kelembapan dan jenis sukan.

Sumber info: http://www.myhealth.gov.my/