http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.690068.1497574859!/image/image.jpg

 

KOKTEL MANGGA

  • 6 helai daun pudina
  • 1 cawan buah mangga yang dipotong dadu
  • ½ biji limau kasturi | hiris
  • 1 liter air sejuk

CARA MEMBUAT:

  1. Tumbuk sedikit daun pudina untuk naikkan aroma.
  2. Campur kesemua bahan di dalam jag air. Kacau.
  3. Sedia untuk diminum.

Info chef: Boleh tambah ais jika suka.

 

EPAL KULIT KAYU MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji epal merah
  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang kayu Manis                                               
  • 1 liter air

CARA MEMBUAT:

  1. Hiris epal hijau dan merah nipis-nipis. Masukkan ke dalam jug air.
  2. Masukkan kayu manis dan kacau perlahan.
  3. Sejukkan selama 1 jam sebelum minum.

Info chef: Membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolesterol dan meningkatkan kadar metabolisme.

 

LONGAN HERB

BAHAN-BAHAN:

  • 1 botol air ais krim soda
  • 1 tin longan
  • 2 batang serai  |  titik
  • 10 helai daun pudina
  • 1 biji lemon  | hiris
  • 5 biji asam boi putih
  • Ketulan ais secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Tuang ais krim soda ke dalam jag minuman. Masukkan buah longan, hirisan lemon, serai dan asam boi.
  2. Setelah itu kacau dan masukkan ais secukupnya.
  3. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk diminum.

Info chef: Jika tidak mahu letak ais, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu dan keluarkan apabila hendak minum.  

 

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.690066.1497574718!/image/image.jpg

 

EPAL HIJAU NANGKA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 gelas air jus sparkling
  • ½ biji hirisan epal hijau| hiris nipis
  • 1 ulas nangka madu | carik-carik
  • Ketulan ais secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan jus sparkling, hirisan epal hijau dan nangka. Kacau sedikit.
  2. Masukkan ketulan ais. Sedia dinikmati dan enak diminum ketika sejuk.

Info chef: Jika tidak mahu masukkan ais, sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum diminum.

 

ITALIAN SODA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 botol air soda secukupnya
  • Sedikit sirap
  • Ketulan ais secukupnya
  • Krim putar secukupnya
  • Hiasan – buah ceri segar dan hirisan mangga

CARA MEMBUAT:

  1. Sediakan dua biji gelas. Tuang sirap ke dalam gelas.
  2. Masukkan ketulan ais sehingga penuh gelas.
  3. Tuang air soda perlahan-lahan dan secukupnya.
  4. Paipkan krim putar di bahagian atas dan biarkan krim jatuh perlahan ke bawah gelas.
  5. Hiaskan dengan ceri segar dan hirisan mangga (untuk warna) di atas krim putar tadi untuk lebih menarik.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Enak dinikmati sejuk.

 

RAMBUTAN MILKSHAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin buah rambutan dalam tin
  • ½ tin susu cair
  • Air gula secukupnya
  • Ketulan ais secukupnya
  • 1 sudu teh Chia Seed  | direndam

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan buah rambutan di dalam jag dan campurkan air gula. Kacau sebati.
  2. Campurkan  susu cair dan kemudian masukkan chia seed.
  3. Seterusnya masukkan ketulan ais secukupnya.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Chia seed berkhasiat tinggi untuk kesihatan.