Berikut tip yang disarankan:-

1.    Bahan  Asas.

Bawang merah dan bawang putih adalah bahan  perencah asas yang digunakan dalam kebanyakan jenis sup, termasuk sup sayur. Oleh itu, tumis bawang merah dan bawang putih lebih kurang lima minit atau sehingga lembut  dan sebati dengan kuah sup. Sebatian bawang inilah yang memberikan rasa dan aroma pada sup sayur anda.

2.    Masa memasak.

Sup sayur yang sedap tidak memerlukan waktu memasak yang lama. Tempoh memasak paling ideal adalah 20 minit sahaja sudah cukup. Terutamanya  jika potongan sayur dalam sup dalam saiz kecil. Selain itu gunakan api kecil semasa memasak sup sayur.

3.    Rasa sup pada waktu yang betul

Sebaiknya rasa sup sayur sebelum menambahkan bahan perencah dan perasa yang diperlukan. Masa yang sama jangan rasa sup semasa dalam keadaan mendidih. Ini untuk membolehkan anda merasai sup dengan tepat dan mengelakkan lidah dari terbakar. Rasa makanan semasa panas dan semasa suhu menurun k ada sedikit perbezaan.  Sup akan berasa kurang garam semasa dirasa dalam keadaan panas. Lalu anda cuba menambah sedikit garam, tetapi bila dirasai semula selepas sup sedikit sejuk, rasa sedikit masin.

4.    Menggunakan perencang ayam atau ikan bilis.

Sup yang sedap datangnya dari kuah yang lazat. Oleh itu, dengan menambah sedikit perencah pati ayam atau ikan bilis, sup akan menjadi lebih sedap dan berasa.