Soalan:
Puan,
Di sini saya ingin berkongsi masalah dan ingin mendapatkan khidmat nasihat puan untuk mengatasinya. Setiap tahun pada Hari Raya, saya sering menyediakan kuih kegemaran keluarga iaitu Tat Nenas(gulung).
Tetapi, masalah yang sering timbul ialah kuih ini tidak mampu bertahan lama kerana ia mudah berkulat dan juga mudah hancur selepas satu hingga dua minggu selepas dibuat. Justeru itu, saya ingin memohon jasa baik puan untuk memberi panduan terbaik bagi menghasilkan Tat Nenas yang enak dan yang penting tahan lama. Terima kasih.
Rosmawati Mohd Jabar,
Puchong, Selangor.
Jawapan:
Apa sahaja jenis biskut, mesti dibakar secukupnya hingga garing dan keemasan. Intinya pula, mestilah dimasak hingga pekat dan likat. Sila rujuk resipi saya di halaman seterusnya untuk resipi-resipi menarik menggunakan jem.
Perlu diingat, nenas yang diparut mesti ditoskan sebahagian dari jusnya. Kemudian, masak bersama gula dan kulit kayu manis dan masukkan sedikit mentega untuk rasa yang enak. Biarkan mendidih hingga pekat dan berkilat.
Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan






