Soalan:

Puan,

Keluarga saya menggemari kuih muih terutamanya popia. Yang menjadi masalah bagi saya adalah untuk menyediakan sos yang enak bagi hidangan tersebut. Kebiasaannya, saya hanya menghidangkannya bersama sos cili yang sedia ada di pasaran. Teringin juga untuk
mencuba sos mencecah buatan sendiri. Bolehkah Puan membantu saya?

Kiriman:
Haslina Masni Bt Mohamad Khotib,
Bayan Lepas, Pulau Pinang.



Untuk membuat sos pencicah popia mengikut kegemaran sendiri. Kisar cili, bawang putih dan tambah sedikit cuka serta gula. Boleh juga dicampurkan keledek rebus dan kacang tanah goreng ke dalam sambal tadi. Selain itu, puan boleh juga mencampurkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau dan tambah jus limau dan sedikit gula dan kacau lagi. Banyak lagi sos-sos yang mudah didapati di pasar raya dan puan bolehlah membuat eksperimen untuk mendapatkan sos yang diminati keluarga.


Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan