Soalan:


Puan,

Suami saya amat meminati tosai. Sehinggakan dua kali sehari dia mengunjungi restoran mamak untuk menikmati tosai. Saya benar-benar berharap puan dapat memberikan panduan untuk menyediakan tosai dan juga ‘chutney’ yang enak. Segala kerjasama puan, saya ucapkan berbanyak terima kasih.
 
Ummi Khairani Md Noor,
Bandar Baru Bangi, Selangor.

 
Jawapan :

Tosai diperbuat daripada beras dan kacang dhal yang direndam semalaman bersama biji halba dan garam. Kemudian, ia dikisar hingga menjadi pes. Jika gunakan nasi, tidak perlu direndam. Selepas dikisar, perap selama empat hingga enam jam. Tambah air dan garam ke dalam adunan tosai jika perlu.Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak, tuang adunan tosai dan goreng hingga masak.
 
Chutney’ pula boleh dibuat dengan pelbagai jenis buahan seperti mangga, limau, buahan kering campuran dan kurma. Didihkan air asam jawa, gula perang, serbuk cili, jintan manis, sedikit air dan sedikit garam. Masukkan buahan pilihan dan biarkan mendidih hingga pekat. Sejukkan dan bolehlah dimakan dengan tosai dan lauk sampingan seperti kari dan kurma.

Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan