Soalan:


Puan,
 
Saya sekeluarga sangat menggemari kek coklat dan kek coklat lembab. Pernah juga saya cuba membuat kek ini, tetapi apabila ia naik cantik, lama-kelamaan bahagian tengahnya akan mendap. Bolehkah puan berikan resipinya kerana saya ingin mencubanya sendiri di rumah. Harap puan dapat berikan dalam sukatan cawan. 

Untuk bahagian ‘topping’ kek pula, selalunya saya buat tidak menjadi. Ianya akan menjadi keras dan tidak cantik. Anak-anak saya pula lebih suka yang berkilat dan cair. Harap puan dapat juga memberikan panduan terbaik untuk resipi ‘topping’coklat. Semoga puan dapat berikan maklum balas untuk permintaan saya ini. Sekian, terima kasih.
 
Hasnah Shaharani,
Sitiawan, Perak.

Jawapan :

Pastikan suhu ketuhar sesuai untuk membakar kek. Suhu 175C hingga 180°C adalah suhu yang biasa digunakan bergantung kepada ketuhar kepunyaan puan. Tentang ‘topping’ pula, jika puan menggunakan coklat, cairkan terlebih dahulu dan tuangkan krim atau susu sejat perlahan-lahan sambil dikacau sehingga berkilat dan pekat. Jika puan membuat ‘topping’ sendiri, kacaukan di atas ‘double boiler’ sehingga pekat dan berkilat.

Dapatkan buku yang saya tulis bertajuk Variasi Cupcake keluaran Alaf 21. Di dalam buku tersebut banyak resipi kek dan resipi ‘topping’ nya sekali. InsyaAllah membantu.


Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan