Soalan:

Puan,

Saya memohon agar Puan dapat memberikan resipi untuk membuat keropok lekor.

Kebanyakan keropok lekor yang terdapat di pasaran kurang menepati cita rasa saya sebagai penggemar. Saya ingin cuba membuat keropok lekor sendiri Saya harap puan dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih.

Roziah Ramli,
Bagan Serai, Perak.



Jawapan:

Gunakan isi ikan parang, kisar dengan sedikit ketulan ais dan tambah tepung sagu. Uli dan jadikan memanjang. Rebus dan toskan. Selepas itu salut dengan lebihan tepung sagu dan simpan dingin beku. Amaun tepung sagu adalah separuh dari amaun isi ikan yang digunakan.

Untuk sambalnya pula campurkan cili merah segar, sedikit cili kering, bawang putih, garam, gula, cuka dan kisar halus. Kemudian didihkan sebentar di atas api sederhana dan boleh lah dihidangkan bersama keropok lekor tadi.


Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan