Soalan

Assalamualaikum Puan, Kuih koci begitu sinonim untuk dijadikan makanan minum petang. Anak-anak saya gemarkan kuih koci ini terutamanya kuih koci pulut hitam. Di sini, saya ingin meminta petua daripada puan, bagaimana untuk membuat kuih koci yang lembut dan manis.

 

 

Kiriman:
Zaharah Abd Rahman,
Kuala Selangor,
Selangor.

 

 

Jawapan

Apabila membancuh bahan tepung pulut, pastikan adunan tidak terlalu keras dan lebihkan santan jika perlu.

Intinya pula, dimasak terlebih dahulu dan masukkan gula kabung atau gula nipah serta sedikit gula putih.

Masak bersama kelapa yang diambil bahagian putihnya sahaja dan apabila telah pekat, alihkan daripada api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.

Untuk bahagian santan atau dadihnya pula, pekatkan santan, sedikit tepung jagung, garam dan daun pandan.

Masukkan sedikit adunan ini ke dalam bungkusan daun pisang yang telah diletakkan kuih koci tadi. Kukus dan boleh terus dihidang.

 

 

Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan