Soalan:

Puan,

Saya ingin membuat kuih batang buruk. Harap puan dapat memberikan resipinya. Resipi yang saya simpan ada menggunakan air batu, santan dan kelapa kering sebagai campurannya. Bila saya menggunakan kelapa ia menjadi lemau dan tidak rangup. Saya ucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar puan. Terimakasih.

Norhani Jemaat,
Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi,
Johor.


Jawapan:
Puan boleh mencuba membuat batang buruk dengan kepingan kulit popiah. Potong memanjang dan lilit dengan menggunakan pensil dan lekatkan hujungnya dengan larutan tepung jagung dan goreng garing. Toskan minyak dan salutkan dengan kisaran kacang hijau dan gula. Selamat mencuba.

 

Dikendalikan Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan