Puan,
Saya berazam hendak membuat kuih sendiri berpandukan resipi-resipi dari Majalah Rasa. Ini untuk mengelakkan daripada menghabis ratusan ringgit setiap tahun kerana menempah kuih. Di sini saya ingin tahu bagaimanakah caranya untuk menghias biskut dengan menggunakan coklat putih atau koko? Terima kasih.
 
Kiriman:
Haliza Ghazali,
Padang Serai, Kedah
 
Jawapan:
Biskut boleh dihias dengan coklat putih atau coklat gelap. Selepas dihias dengan coklat, dinginkan terlebih dahulu supaya coklat keras dan boleh disimpan kedap udara. Berbagai-bagai cara menghias dengan coklat, seperti mencelup hujung biskut sahaja, membuat lakaran halus atas biskut, celup bahagian hujung biskut dan tabur gula warna atau kacang kisar.
 
 
Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan