Soalan:

Puan,

Saya sangat gemarkan lasagna dan ingin mengetahui cara yang betul untuk membuatnya. Saya sudah mencuba resipi yang terdapat dalam majalah Rasa tapi tak sesedap macam Pizza Hut dan kulit lasagna agak keras sedikit. Saya ingin mengetahui resipi atau cara yang mudah dan betul untuk membuat lasagna. Diharap Puan dapat membantu saya.

 

Kiriman:
Faridah Bt Sidek,
Pandan Indah, Kuala Lumpur.

 

Jawapan:

Jika diperhatikan, ada lasagna yang perlu direbus terlebih dahulu dan ada pula yang tidak perlu direbus. Pembuatan lasagna perlu kepada lapisan daging, sos keju dan stok. Lapisan daging dan sos spageti disediakan terlebih dahulu dan ketepikan. Sos keju pula adalah mentega dan tepung yang dimasak dan ditambah susu segar dan keju parut. Gunakan keju mozarela atau campuran keju kegemaran.

Kemudian sediakan bekas membakar dan letakkan lapisan lasagna. Taburkan daging dan sos keju. Lapiskan di atasnya kepingan lasagna dan terus melapis hingga semua bahan habis digunakan.
Akhir sekali tuang sedikit stok supaya tidak terlalu kering. Bakar dan pastikan ditambah stok jika perlu. Biar hingga garing dan wangi. Tabur hirisan daun sup atau daun parsli dan hidang panas.

 

Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan