Soalan:
Puan,
Saya dan keluarga sangat menyukai kuih apam, tapi kebiasaannya ketika membuat kuih ini, ia sering melekat pada bekas pengukus. Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada terjadi perkara sedemikian? Saya harap puan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.
Siti Sara Abdul Rahman,
Kedah.
Jawapan :
Terdapat banyak cara untuk elakkan apam melekat pada acuan. Pertama, aturkan acuan di dalam bekas dan masukkan ke dalam pengukus sementara puan menyiapkan adunannya. Atau puan boleh juga sapukan sedikit minyak masak ke dalam tiap-tiap acuan. Gunakan berus untuk meratakan minyak ke dalam acuan sebelum dituangkan adunan kuih apam. Boleh juga alaskan acuan (jika besar) dengan daun pisang. Solusi yang terakhir adalah, puan boleh dapatkan acuan silikon yang banyak dijual di pasaraya adalah lebih elok. Tidak melekat dan mudah dibersihkan selepas mengukus. Diharap jawapan saya dapat membantu.
Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan






