IKAN DORY MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
  • 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
  • 2 biji bawang besar | hiris kasar
  • 7 ulas bawang putih | diketuk
  • 5 sudu makan sos Hoisin
  • 1 botol besar sos cili Thai
  • 5 sudu makan sos plum
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Hirisan daun sup untuk hiasan
  • Hirisan cili merah untuk hiasan


CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
  2. Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
  4. Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
  5. Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
  6. Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
  7. Sedia untuk dihidangkan


Saiz hidangan: 50 orang
Waktu memasak: 60 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Masam dan manis yang seimbang Jenis penyediaan: Menu utama
Cara memasak: Tumis dan didih