BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg isi ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
  • 1 gelas air / stok ayam

* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.

 

Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

 

CARA MEMASAK:

1.  Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

 

2.  Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

3.  Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

4.  Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.

 

Selamat mencuba!

 

 

Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon