BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping tempe | potong dadu
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 2 pokok daun bawang | potong 3cm
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.

2.  Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.

3.  Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.

4.  Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.

5.  Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.

6.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

7.  Kacau seketika dan tutup api.

8.  Sedia dihidangkan.