Sayur yang digoreng seketika memberi rasa tekstur rangup dan lembut tahu yang asyik.

TAUGEH IKAN MASIN BERSAMA TAUHU & DAUN KUCAI

BAHAN-BAHAN:

  • 150gm tauge
  • 1 keping tauhu ] dipotong kecil
  • 3cm isi ikan masin
  • 1 pokok daun kucai ] dipotong 3cm
  • 2 ulas bawang putih ] dihiris
  • 2 ulas bawang merah ] dihiris
  • 1 biji cili merah ] dihiris
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.

Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 10 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rangup dan berkhasiat
Jenis masakan: Lauk pauk
Cara memasak: Tumis