BAHAN-BAHAN:

  • 1kg jering | dibasuh dan direbus hingga empuk

 

BAHAN A:

  • 1-2 biji  bawang merah besar | kisar halus
  • 3-4 ulas bawang putih |kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • Cili giling/cili kisar secukupnya | ikut citarasa masing-masing
  • 2 biji buah keras | dihancurkan

 

BAHAN B:

  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1cm lengkuas | dititik
  • 1 batang serai | dititik
  • Asam keping
  • Santan pekat & cair secukupnya
  • gula, garam dan serbuk perasa

 

CARA MEMASAK:

1.  Tumis Bahan (A) hingga naik bau..

2.  Kemudian masukkan Bahan (B) dan seterusnya air rebusan jering tadi. Biar mendidih sebentar.

3.   Masukkan santan cair & pekat . Akhir sekali masukkan jering dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

4.  Sedia untuk dinikmati.