BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:

  •  20 batang bendi ] dihiris serong
  •  5 keping daging burger ] dicincang kasar
  •  3 ulas bawang putih ] dihiris
  •  3 ulas bawang merah ] dihiris
  •  2 sudu makan cili kisar
  •  Sos tiram secukup rasa
  •  Garam dan gula secukupnya
  •  Sedikit Air
  •  Minyak untuk menumis


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
  3. Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
     

Saiz hidangan: 4 orang  
Waktu memasak: 20 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Mudah disediakan dan tidak terlalu pedas.
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Tumis.