DOH PIZZA HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 220ml air biasa
  • 1biji telur
  • Sedikit garam
  • 20gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar yis

BAHAN-BAHAN TOPPING (CADANGAN)

  • Satu labu besar bawang holland
  • Sosej
  • Keju Mozarella
  • Sos pasta original
  • Daun oregano
  • Isi ayam (sudah direbus terlebih dahulu)

 

CARA MEMASAK:

  1. Bancuhkan dulu yis, air, gula sekata (Bancuh secara manual). Biarkan hingga 10 minit
  2. Kemudian baru campurkan dengan bahan-bahan lain.
  3. Uli sampai dapat doh elastik (biarkan rehat dalam 30 minit)
  4. 1/2 kg tepung dapat 4 keping pizza. Bahagikan 4 bahagian.
  5. Ambil satu bahagian dan canai dalam pan (ratakan seperti dalam gambar). Cucuk-cucukan doh pizza tadi dengan garfu (supaya udara senang keluar dan doh tidak menggelembung ketika dibakar)
  6. Isikan topping ikut kegemaran anda.
  7. Bakar suhu 160'c dalam masa 16 min (Bergantung pada oven masing-masing)

Kredit: Rajuna Bakar