ROTI CANAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan gula
  • 1 cawan Air
  • Setengah sudu kecil garam
  • Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.

 

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN

  1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
  2. Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
  3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
  4. Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
  5. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
  6. Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
  7. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan - lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
  8. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
  9. Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.

 

Kredit: Normaliana Abu Bakar