Agara-Agar, Sedapnya....   Menggoda Selera.

Aneka agar-agar, puding dan jeli,  sering mengoda selera. Selain warna warni dan kepelbagaian rasa menjadikan ia sesuai untuk juadah pencuci mulut.

Daripada membeli setiap kali teringin, apa kata anda buat sendiri,  ia boleh disimpan lama dalam peti sejuk. Jimat dan terjamin kebersihannya.

Kalau ada tetamu boleh juga dihidangkan sebagai pemanis mulut..

AGAR-AGAR PERMATA

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 200ml susu cair
  • 400ml  air
  • 150gm  cawan gula pasir
  • 100ml susu pekat
  • Esen vanila
  • Sedikit pewara

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semuanya dan masak hingga mendidih.
  2. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan.
  3. Campurkan dengan tiga warna kesukaan anda.
  4. Sejukkan kemudian dipotong dadu.
  5. Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi.
  6. Letakkkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas.
  7. Tuangkan lebihan tadi di dalam bekas agar-agar yang telah dipotong.
  8. Sejukkan.
  9. Setelah sejuk, potong dan hidangkan.

AGAR-AGAR SANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 1 liter air
  • 1 ketul gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • 200ml santan | dipukul sedikit
  • 1 biji telur | dipukul sedikit
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Masak air dengan gula melaka dan daun pandan hingga larut. Tapiskan.
  2. Sukatkan air gula itu menjadi 1 liter.
  3. Masakkan air gula tadi dengan agar-agar hingga agar-agar larut.
  4. Kecilkan api dan masukkan  campuran santan telur dan gula pasir. Tunggu hingga menggelegak.
  5. Bila menggelegak, biarkan seketika dan kacau.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
  7. Setelah bolehlah dihidangkan.

AGAR-AGAR KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar
  • 250ml air
  • 750ml susu cair
  • 200gm gula pasir
  • 100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
  • Sedikit pewarna (jika suka)

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
  2. Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan kacang merah.
  4. Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
  5. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.

AGAR-AGAR BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm buah naga |ambil isi dan blend
  • 10gm agar-agar serbuk
  • 125 gm gula pasir
  • 900ml air
  • Sedikit esen ros

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan isi buah naga yang di kisar dan biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.
  4. Biarkan sejuk dan mengeras.
  5. Sedia dihidangkan.