BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan air
  • 250-300gm gula
  • 250ml santan pekat
  • 1 tin susu pekat manis
  • 75gm serbuk koko
  • 25gm serbuk agar-agar

 

CARA MEMASAK:

1.  Campurkan kesemua bahan-bahan diatas. Gaul rata.

2.  Masak hingga mendidih dan sedikit pekat. Pastikan adunan sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak. Matikan api.

3.  Setelah api dimatikan, kacau lagi dalam masa 5 minit. Ia bertujuan bagi mengeluarkan wap.

4.  Tuang adunan ke dalam loyang yang bersesuaian.

5.  Sejukkan adunan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

6.  Enak dimakan sejuk.

 

 

Kredit resipi: Aznie Khasri via MAHN