BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 biji cili hijau
  • 4 biji cili merah
  • Sedikit cili padi merah | jika mahu lebih pedas
  • Sedikit ikan bilis I
  • Sedikit belacan
  • Asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 senduk minyak masak secukupnya

*Semua bahan-bahan (kecuali asam jawa, garam, gula dan minyak) dikisar kering.

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar kering tadi hingga garing.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
  3. Kemudian masukkan sedikit hirisan bawang. Gaul rata dan padamkan api.
  4. Jika minyak terlalu banyak, boleh buang sedikit mengikut citarasa anda.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Lyana Hisham