BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi (ikut pedas)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

1.  Kisar semua bahan dan panaskan minyak dalam kuali.

2.  Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.

3.   Masukkan air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Kalau suka, biar sedikit garing.

 

 

Kredit resipi & gambar: Aliza Ahmad via MAHN