Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter jus anggur putih (white grape juice)
  • 500ml air teh hijau
  • 500ml air soda
  • 60ml sirap gula
  • 30ml jus lemon
  • 1 sudu makan jus halia (ginger juice)


CARA MEMBUAT:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali soda. Kacau rata dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  2. Kemudian tuangkan minuman sejuk tadi ke dalam bekas minuman (punch bowl) dan masukkan kiub ais.
  3. Setelah itu masukkan air soda dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali, tuangkan ke dalam gelas berkaki. Hiaskan dengan hirisan lemon di bibir gelas dan daun pudina. Sedia untuk diminum.