BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi
  • 100gm kacang buncis
  • 2 ketul tauhu | goreng sedikit
  • 4 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

UNTUK HIASAN:

  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

1.    Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.

2.    Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu.  Kacau sekata.

3.    Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.