NASI GORENG INDONESIA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 4 biji telur
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • 4 batang kacang buncis | potong kecil
  • 300gm isi dada ayam
  • 1 tangkai daun bawang | potong kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh stok ayam
  • 1/2 sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:

  1. Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. Panaskan kuali, masak bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
  3. Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa masin belacan dan udang kering serta pedas cili  
Jenis masakan: Nasi goreng
Cara memasak: Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM8.50