BAHAN-BAHAN:
  • 2 uncang teh
  • 1 biji lemon | diperah
  • 10 helai daun pudina
  • 3 sudu makan gula
  • 2 sudu makan madu lebah asli
  • 1 liter air
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Hiris daun pudina halus-halus dan rendam di dalam air panas. Tos airnya.
2. Rendam uncang teh di dalam air panas dan campur bersama air tos pudina. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan madu. Gaulkan rata.
4. Akhir sekali, perahkan lemon dan sedia dinikmati.