BAHAN-BAHAN:

  • 200gram kacang soya
  • 2 liter air
  • 1 cawan gula
  • 3 helai daun pandan yang disimpul
  • 1/2 sudu kecil garam

 

CARA MEMASAK:

1.   Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila keesokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.

2.   Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

3.   Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

4.   Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.

5.   Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

 

Kredit resipi & gambar: Rosmarlina @ jintanmanis.com ( https://jintanmanis.com/2016/06/13/homemade-air-soya-lemak-manis)