Waktu penyediaan: 5 minit

Saiz hidangan: Seorang

 

BAHAN-BAHAN:

 

  • 2 potong buah mangga masak
  • 1 sudu makan buah durian belanda
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan air gula
  • 2 hirisan lemon
  • Beberapa ketulan ais
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Letakkan sesudu buah durian belanda ke dalam gelas. Ketepikan.
2. Kisar buah mangga bersama ketulan ais, madu dan juga air gula hingga hancur.
3. Tuangkan ke dalam gelas berisi durian belanda.
4. Perahkan jus lemon di atasnya dan sedia diminum.