Waktu memasak: 5 minit
Saiz hidangan: 2 orang
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 250ml dadih
  • 250ml susu segar
  • 3 biji buah mangga masak | dipotong
  • 2 sudu makan madu
  • Kiub ais secukupnya
 
 
 
CARA MEMASAK:
1. Campurkan dadih bersama sedikit susu segar dan madu. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan pula lebihan susu segar dan madu. Kacau lagi sehingga sebati.
3. Kisar bahan-bahan tadi bersama buah mangga. Pastikan ia sebati.
4. Akhir sekali, masukkan adunan tadi ke dalam gelas yang telah diisikan dengan kiub ais.
5. Sedia untuk diminum.