Hilang rasa dahaga dan segar... itulah yang dapat diungkapkan selepas meneguk segelas jus sejuk sebaik berbuka puasa. Kerana itulah jus sering menjadi pilihan ramai sebagai minuman sepanjang bulan Ramadan.  Apa kata kali ini anda sediakan sendiri jus di rumah, ia mudah dan menjimatkan.
 

1. JUS LEMON PUDINA BERSODA



BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji lemon | diperah jus dan tapis bijinya
  • 1 biji lemon | dihiris
  • 6 helai daun pudina | dileraikan dari tangkai
  • 3 gelas air mineral
  • 1 gelas soda
  • 4 sudu makan gula pasir atau secukupnya
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Masukkan jus lemon soda dan air ke dalam jag.
2.    Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
3.    Masukkan hirisan lemon dan daun pudina ke dalamnya.
4.    Akhir sekali masukkan ais.
5.    Sedia dihidangkan.



2. JUS SERAI



BAHAN-BAHAN:

  • 3 batang serai | dititik
  • 2 ketul gula batu
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 gelas air mineral
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Bersihkan serai kemudian ketuk dan ketepikan.
2.    Masukkan gula batu, gula pasir dan air di dalam jag.
3.    kacau hingga kedua-dua jenis gula larut.
4.    Masukkan serai, kacau lagi.
5.    Akhir sekali masukkan ais dan sedia dihidangkan sejuk-sejuk.



3. JUS NANAS BERSODA



BAHAN-BAHAN:

  • 250gm nanas segar | dibuang kulit dan potong dadu
  • 150gm nanas dalam tin | hiris kecil
  • 2-3 hirisan nanas | untuk hiasan
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 gelas air mineral
  • 1 gelas soda
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Kisar nanas hingga hancur kemudian masukkan dalam jag.
2.    Tambahkan air bersama gula, kacau hingga gula hancur.
3.    Tambahkan soda bersama ais, kacau lagi.
4.    Hiaskan dengan hirisan nanas.
5.    Jus sedia dihidangkan.



4. JUS SIRAP KELAPA MUDA



BAHAN-BAHAN

  • 3 gelas air kelapa muda
  • 1 mangkuk isi kelapa muda | dihiris memanjang
  • 3 sudu makan sirap gula
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.Tuangkan sirup gula dalam jag.
2. Kemudian masukkan air kelapa dan kacau rata.
3.Masukkan air dan isi kelapa muda, kacau lagi.
4. Sedia dihidangkan.



5. JUS LAICI KIWI



BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji buah kiwi | dibuah kulit
  • 150gm buah laici
  • 1 gelas air laici
  • 2 gelas air mineral
  • 3 sudu makan gula pasir
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Hiris buah kiwi bentuk tiga segi untuk isian dalam air, ketepikan.
2.    Masukkan air dan gula dalam jag. Kacau rata sehingga gula larut.
3.    Kemudian masukkan air laici, diikuti buah laici dan buah kiwi.
4.    Akhir sekali masukkan ais.
5.    Sedia dihidangkan.



6. JUS GUAVA ASAM BOI



BAHAN-BAHAN:

  • 200gm guava/jambu batu
  • 3 gelas air mineral
  • 4 sudu makan gula pasir
  • 4-5 biji asam boi
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Buang kulit luar dan biji guava.
2.    Potong dadu dan masukkan dalam pengisar bersama air. Kisar hingga halus.
3.    Tuangkan dalam jug, masukkan asam boi  dan ais.
4.    Sedia dihidankan.

 


7. JUS KALAMANSI  ASAM BOI



BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji limau kalamasi/kasturi | ambil jus
  • 4 biji limau kasturi | dihiris bulat nipis untuk hiasan
  • 6biji asam boi
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 3  gelas air
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Masukkan jus limau kasturi bersama air dalam jag. Kacau rata hingga gula larut.
2.    Kemudian masukkan hirisan buah limau kasturi dan asam boi. Kacau lagi.
3.    Masukkan ais  secukupnya.
4.    Untuk kelainan boleh hidangkan jus ini dalam botol.




8. JUS KASTURI SELASIH PUDINA



BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji limau kasturi | diambil jusnya sahaja
  • 1 sudu makan selasih yang telah direndam
  • 10 helai daun pudina
  • 3 gelas air mineral
  • 4 sudu makan gula pasir
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Masukkan jus limau kasturi dalam jag bersama air mineral dan gula.
2.    Kacau rata sehingga gula larut.
3.    Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4.    Sedia dihidangkan.




9. JUS  OREN NATA DE COCO SELASIH



BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji buah oren
  • 2  gelas air sirap
  • 150 gm nata de coco
  • 1 sudu makan  biji selasih yang telah direndam
  • Ketulan ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Buah oren buang kulit dan biji, kisar bersama dua gelas sirap
2.    Tapis jus ke dalam jag.
3.    Masukkan selasih, nata de coco dan ketul ais.
4.    Sedia dihidangkan.




10. JUS TEMBIKAI SUSU AISKRIM VANILA



BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tembikai susu yang telah dibuang kulit
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 3 gelas air mineral
  • Aiskrim vanila secukupnya
  • Ais secukupnya


CARA MEMASAK:
1.    Dadu buah tembikai susu kecil-kecil, kemudian campur dengan air dan gula..
2.    Kisar hingga sebati.
3.    Tuangkan dalam jag, tambah ais dan kacau rata.
4.    Tuangkan dalam gelas kemudian hias atasnya dengan aiskrim Vanila dan tembikai susu yang didadu kecil.
5.    Sedia dihidangkan.