Waktu penyediaan: 5 minit
Saiz hidangan: 5 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin koktail campuran
  • 1 biji limau Sunkist
  • 2 biji limau nipis
  • 3 sudu makan pati Sirap
  • Air gula secukup rasa
  • Kiub ais secukupnya
 
 
CARA MEMASAK:
1. Tuangkan koktel di dalam jag minuman atau mangkuk besar.
2. Kemudian perahkan setengah biji limau Sunkist bersama sebiji limau nipis dan masukkan ke dalam jag berisi koktel campuran tadi.
3. Seterusnya masukkan pati Sirap dan air gula secukupnya mengikut cita rasa. Kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan kiub ais dan hirisan lebihan limau Sunkist dan limau nipis.
5. Sedia untuk diminum.