BAHAN-BAHAN:
  • 50 gm pulut
  • 1.5 liter santan
  • Secubit garam
 
BAHAN CENDOL:
  • 20 helai daun pandan | dikisar dan tapis ambil airnya
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 500 ml air
  • 20 ml air kapur
  • 150 gm tepung kacang hijau
  • 200 gm tepung beras
 
BAHAN AIR GULA:
  • 200 gm gula merah
  • 100 gm gula pasir
  • 250 ml air
  • 2 helai daun pandan | disimpul
 
CARA MEMASAK:
 
1. Untuk membuat cendol, campurkan kesemua bahan cendol dan gaulkan rata hingga tidak bergentel.
2. Kacau di atas api sederhana hingga pekat dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk dan letakkan tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan dan kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol.
5. Biarkan seketika dan toskan airnya. Simpan di dalam peti sejuk.
6. Untuk air gulanya pula, masak kesemua bahan hingga larut dan pekat.
7. Hidangkan cendol bersama pulut, santan, air gula, sedikit garam dan beberapa kiub ais.