Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 10 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm cendol pandan
  • 200gm beras pulut
  • 150gm gula putih
  • 100gm gula merah
  • 2 liter santan pekat
  • 300ml santan cair
  • 750ml air
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
 
 
 
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut direndam semalaman kemudian dikukus sehingga masak.
2. Satukan santan cair bersama garam kemudian direnjis di atas pulut kukus. Gaulkan rata dan ketepikan.
3. Satukan gula merah bersama gula putih, air dan juga daun pandan.
4. Didihkan sehingga menjadi air gula pekat kemudian ditapis dan disejukkan.
5. Sebelum dihidangkan, campurkan cendol bersama air gula pekat, santan dan juga ketulan ais. Kacau rata.
6. Hidangkan bersama pulut kukus apabila hendak makan.