Minuman berasaskan koko dan di campurkan dengan cincau lembut yang menyejukkan tekak anda.

CINCAU MILO TABUR


BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan serbuk Milo
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2  cawan air sejuk
  • 3 sudu makan cincau
  • Ais secukupnya
  • 3 sudu makan Milo ] untuk tabur


CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
  2. Tambah air sejuk. Kacau lagi.
  3. Masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
  4. Tambahkan ais. Sedia diminum.

Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu penyediaan: 10 minit
Keistimewaan: Enak bagi peminat coklat, mengenyangkan dan sedap.