Manis sirap dan lemak susu yang menyegarkan diri. Ditambah rasa masam manis buah strawberi dan laici.

BANDUNG STRAWBERI LAICI

BAHAN-BAHAN:

  •  2 sudu makan gula
  •  2 sudu makan sirap
  •  5 sudu makan susu cair
  •  1 biji strawberi ] dibelah 4
  •  5 biji laici dalam tin
  •  Air secukupnya
  •  Ais secukupnya


CARA MEMBUAT:

  1. Larutkan gula dalam air.
  2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
  3. Masukkan strawberi dan laici.
  4. ambahkan air dan ais. Sedia diminum.

Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu penyediaan: 15 minit
Keistimewaan: Menyegarkan, kaya buah-buahan dan ada rasa masam manis.