Waktu memasak: 15 minit
Saiz hidangan: 2 orang
 
BAHAN-BAHAN:
  • 75gm kacang merah | direndam semalaman
  • 115gm gula
  • 5ml garam
  • 20ml air sirap
  • 30ml susu pekat
  • 90ml susu segar
  • 1 buah kiwi | dihiris
  • Beberapa ketulan ais
 
 
CARA MEMASAK:
1. Kisar kacang merah bersama gula, garam serta air sirap hingga menjadi pes.
2. Kemudian kisarkan ketulan ais hingga hancur.
3. Campurkan kedua-dua bahan ini dan tuangkan susu segar bersama susu pekat.
4. Kacau rata dan masukkan hirisan buah kiwi di dalamnya.
5. Sedia dinikmati.