BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo mee kuning - celur
  • 2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
  • 1 cawan udang kering - goreng dan kisar
  • 1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
  • 5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau

 

Bahan Kisar (A):

  • 15 tangkai cili kering - kisar
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • 8 ulas bawang merah kecil - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • Sikit belacan - bakar

.

Bahan Hiasan:

  • Telur rebus - potong separuh
  • Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
  • Cili hijau dan cili merah dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun saderi dan daun bawang, dihiris
  • Taugeh - celur
  • Limau kasturi – belah

 

CARA MEMASAK:

 

1. Kisar cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.

2. Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah kisar dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau.

3. Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.

4. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.

5. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.

6. Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya. Kuah mee jawa ni agak manis sket. Boleh ubahsuai rasa ikut citarasa.

 

CARA MENGHIDANG:

1. Masukkan mee yang dah dicelur tu dalam mangkuk.

2.Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.

3.Curahkan 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak telur rebus yang dah potong kat atas.

4.Akhir sekali tabur daun saderi, daun bawang dan limau kasturi.

5.Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Marina Ismail