Masakan Chinese Style yang ringkas tapi penuh dengan bahan-bahan menarik. Hidangan mi berkuah mempunyai rasa ringan dan t\jika hendak rasa pedas bolehsediakan cili potong kicap.

YEE MEE ALA KANTONIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket yee mee
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih ] dicincang
  • 200gm ayam ] dihiris
  • 100gm udang basah ] dibuangkan kulit
  • 1 keping kek ikan ] dipotong nipis
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 100gm lobak merah ]  dipotong kecil dan panjang
  • 100gm brokoli ] dipotong
  • 100gm bunga kubis ] dipotong
  • 2 sudu makan tepung jagung ] dibancuh dengan air
  • 1 cawan air                                 
  • Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga agak wangi dan masukkan ayam, udang dan kek ikan.
  2. Masukkan air rebusan ayam, air, lada sulah, sos tiram, dan lobak merah.
  3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan air dan kacau rata supaya tidak bergentel.
  4. Campurkan brokoli dan bunga kubis. Perasakan dengan garam secukupnya. Tutup api dan kacau.
  5. Tuang kuah ke atas yee mee dan hidangkan.