BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning
  • 500gm ayam | potong kecil
  • 1kg kerang | rebus dan ambil isi
  • 300gm udang | rebud dan buang kulit
  • 2 cawan air rebusan udang
  • 10-15 biji bebola ikan
  • 3 keping kek ikan
  • 4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak

 

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

 

Bahan untuk kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai | hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
  • 2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut

 

Bahan untuk hiasan:

  • 4 biji telur rebus | potong dua
  • 2 tangkai sawi | potong dan rebus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi | potong dua
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Tauhu kering goreng

 

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.

2.  Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.

3.  Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.

4.  Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.

5.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

 

Info chef: Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.