MI EMERGENCY

BAHAN-BAHAN

  • 250gm tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 50ml air (tapi boleh lebihkan sedikit sukatan supaya doh dapat diuli dengan baik)
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

CARA-CARA

  1. Gaul kesemua bahan-bahan
  2. Uli adunan sampai menjadi doh dan tidak melekat di tangan
  3. Potong doh menjadi 4 atau 5 bahagian
  4. Canai satu-satu sampai nipis mengikut ketebalan yang diingini.
  5. Potong doh menggunakan pisau.
  6. Masak air dan pastikan air rebusan mendidih baru masukkan mi ke dalam air .
  7. Rebus dalam jangkamasa seminit atau dua minit. Jangan rebus terlalu lama. Nanti mi akan jadi lembik.
  8. Angkat dan toskan cepat-cepat di bawah air paip sejuk. Supaya memberhentikan proses mi dari terlebih masak.

Kredit: Fahrini MarsyaLey