BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

1.  Campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul sebati.

2.   Masukkan air panas dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Biarkan sedikit sejuk.

3.   Bila adunan dah sejuk, ambik sedikit adunan dan bulatkan (saiz bulat tu terpulang pada kesukaan masing-masing).  

( PETUA: masa ni adunan akan melekat dekat tangan. Jadi untuk nak bagi doh tu licin,calit sikit air dekat hujung jari supaya doh yang nak dibulatkan tu tidak lekat di tangan. Susun doh tu di atas dulang.)

4.   Panaskan minyak. Guna kaedah minyak penuh.

5.   Bila minyak dah panas, perlahankan api sedikit supaya tak mau doh tu terkejut. Nanti warnanya tidak cantik.

6.   Goreng sambil kacau-kacau doh tu supaya sekatakan warnanya. Angkat dan toskan minyak.

7.   Boleh dinikmati begitu sahaja, dicicah sos ataupun kari.

 

Kredit gambar & resipi: Yati Rahim via MAHN