BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 6 cawan santan
  • 1 helai daun pandan

 

CARA MEMASAK:

1. Kisar kesemua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati.

2. Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api yang sederhana hingga naik wap. Tutup api dan kacau hingga kental.

3. Sapu rata loyang dengan minyak. Angkat daun pandan dan tuang adunan dalam loyang.

4. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam 30 min atau sehingga masak.

5. Sejukkan terlebih dahulu dan barulah dipotong. Sedia utk dihidangkan.

 

Kredit resipi & gambar: Khirul Asmaa Hj Mustafa via MAHN