PULUT INTI

BAHAN INTI

  • 50gm gula merah
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 300gm kepala parut


CARA MEMASAK

  1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
  2. Masak hingga gula larut.
  3. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, Biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.

Resipi pemanis mulut yang sedap, pulut dikukus dengan santan dan kelapa parut manis gula yang enak.


BAHAN-BAHAN

  • 100gm beras pulut
  • 100gm air
  • 50gm santan
  • Garam secukup rasa


CARA MEMASAK

  1. Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak.
  2. Angkat dan ketepikan.


CARA PENYEDIAAN

  1. Ambil sedikit beras pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
  2. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
  3. Sedia dimakan.