KUIH LAPIS COMEL

KUIH LAPIS COMEL

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ( ikut tahap manisan yang kita suka )
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 4 cawan santan cair
  • Secubit garam

CARA-CARA:

  1. Campur semua bahan-bahan di atas dan kacau hingga sekata. Selepas itu tapis (Ini untuk medapat tekstur yang halus dan tidak berketul.
  2. Kemudian bahagi kepada beberapa warna dan perasa yang kita suka
  3. Kukus setiap lapisan lebih kurang 5 minit dan lapisan yang terakhir  kukus selama 10 minit.
  4. Biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan. Siap dihidangkan.

* Jangan lupa sapu acuan dengan minyak supaya ia tidak melekat.


Kredit resepi: Zuanizah Ishak