BAHAN-BAHAN:

  • 200gm krim keju
  • 170gm susu pekat manis | jika suka manis, lebihkan.
  • 50ml whipping cream ( krim putar)
  • Keju cheddar | untuk letak diatas kek
  • Kek span pandan



CARA MEMASAK:

1. Campurkan krim keju, susu pekat manis dan whipping cream ke dalam bekas.
2. Gaul hingga sebati sehingga tidak berketul. Boleh adun pakai tangan sahaja tanpa perlu pemukul elektrik.
3. Potong kek span dan susun di dalam bekas dengan secukupnya.
4. Tuang bancuhan krim keju ke atas kek mengikut jumlah yang digemari.
5. Kemudian parut keju cheddar dengan secukupnya.
6. Simpan di dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.


Kredit resipi & gambar: Robizamunira MK